L’Oréal-UNESCO For Women in Science Malaysia 2023 Award

Image

Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah menerima makluman dari L’Oréal Malaysia-Singapore mengenai pencalonan Women In Science Malaysia 2023 Award.

Sehubungan itu, calon-calon yang berminat dimohon untuk melayari laman sesawang rasmi L’Oréal For Women in Science https://www.forwomeninscience.com/challenge/show/71 untuk mendapatkan maklumat lengkap serta memohon secara atas talian. Sukacita dimaklumkan jua bahawa pencalonan ini dibuka dari 17 April 2023 sehingga 16 Jun 2023.

Pihak SKUM memohon kerjasama YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan untuk memanjangkan pencalonan anugerah ini ke jabatan/agensi/institusi di bawah Kementerian masing-masing. Sebarang pertanyaan mengenai anugerah ini perlu dikemukakan kepada pihak penganjur secara emel iaitu This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..

Kerjasama dan keprihatinan YBhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Image

Latest Articles