Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2020
Majlis Sambutan Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa 2020 (HBIA 2020) telah diadakan pada 21 Februari 2020 dengan tema “Mempromosi Keterangkuman dan Pendidikan Bahasa Ibunda”. Karnival HBIA 2020 telah diadakan pada 15 Februari 2020 dan disertai oleh pelajar-pelajar di sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di karnival tersebut adalah seni kolaj, bicara berirama (choral speaking) dan aktiviti-aktiviti kebudayaan pelbagai kaum. Objektif utama penganjuran HBIA adalah seperti berikut:
i) mewujudkan kesedaran dalam kalangan murid sekolah rendah dan sekolah menengah khasnya dan keseluruhan masyarakat amnya, tentang kepentingan Bahasa Ibunda dengan meraikan “Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa” yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta menghayati tujuan sambutan ini diadakan;
ii) mewujudkan kesedaran melalui pertandingan yang dianjurkan seperti pertandingan lukisan poster, penulisan esei dan pertandingan kolaj;
iii) memberi pengenalan yang lebih mendalam pelbagai kaum di Malaysia khususnya kepada orang ramai; dan
iv) mencungkil bakat dalam kalangan pelajar.
Sambutan ini telah meningkatkan apresiasi para pelajar kepada keindahan bahasa ibunda yang lain malah telah memperkayakan ilmu pengetahuan mereka, meningkatkan jati diri, memperhebatkan program silang budaya, mengukuhkan perpaduan nasional menuju ke arah Wawasan Kemakmuran Bersama.
IMLD2020 Hon. Deputy Minister MOE, VVIPs & participants
IMLD2020 Carnival : Khat Jawi Challenge
MLD2020 Carnival : Tamil Calligrapgh Challenge
IMLD2020 Carnival: Essay Writing Winners (Chinese Primary Schools)
IMLD2020 Youth Forum