Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya mengadakan World Philosophy Day (WPD) 2021 dengan tema ‘Philosophy Leads To Sustainable and Peaceful World’ dari 18 hingga 23 November 2021. Sambutan ini merupakan agenda tahunan bagi Kelab Usuluddin dan Falsafah UKM, yang mana, pada tahun ini, dianjurkan bersama Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah UKM, Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan International Society of Muslim Philosophers and Theologians (ISOMPT).
Majlis Perasmian Penutup Sambutan WPD 2021 telah dirasmikan oleh Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan penglibatan universiti-universiti awam tempatan iaitu Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Malaya (UM). Pelbagai pertandingan seperti Pertandingan Menulis Esei Falsafah, Pertandingan Video Pendek, dan Pertandingan Debat, serta program menarik seperti Bedah Buku Falsafah, Virtual Philosophy Café (V-Café) dan International Islamic Intellectual Discourse (IIID) telah diadakan di sepanjang sambutan tersebut.
Penglibatan mahasiswa dan mahasiswi serta pelajar-pelajar sekolah dalam program seumpama ini merupakan satu anjakan paradigma dalam landskap pemikiran ke arah keselamatan dan keamanan sejagat di kalangan masyarakat tempatan.