Post

27 Oct

NATIONAL OF CELEBRATION WORLD DAY FOR AUDIOVISUAL HERITAGE 2021

World Heritage Moving Image Centre (WHMIC) akan menganjurkan sambutan ‘World Day for Audiovisual Heritage’ peringkat kebangsaan tahun 2021- sebagai melengkapkan sambutan di seluruh dunia yang bertemakan “Your Window to the World”.

Sambutan yang berlangsung pada 27 Oktober 2021 ini akan bermula dari pagi hingga malam – dengan pelbagai pengisian aktiviti.

Acara akan berlangsung di studio mini di Alam Budiman, Selangor ini boleh diikuti dan ditonton secara langsung melalui laman Facebook WHMIC.

Penganjuran kali ini juga melibatkan partisipasi organisasi arkib dari beberapa buah negara sekitar Asia Tenggara iaitu Indonesia, Myanmar, Laos – bagi membincangkan isu, permasalahan dan situasi pengarkiban, pemuliharaan serta aksesibiliti audiovisual di rantau ini.

Acara ini mendapat sokongan UNESCO Memory of The World Asia Pasifik (MOWCAP), Asia Culture Centre Korea Selatan (ACC) dan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM).

Acara ini juga melibatkan Rakan Pelaksana seperti platform OTT SIAR, FINAS Malaysia, Sinematek Indonesia, Save Myanmar Film dan Laos Cinema Department.

Related Posts