Post

27 Nov

Malaysia Menghadiri Persidangan Agung UNESCO Kali Ke-42 di Paris, Perancis

Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek telah menyampaikan Kenyataan Negara mewakili Malaysia sewaktu Persidangan Agung Kali Ke-42 Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), di Paris, Perancis.

Antara inti pati ucapan beliau termasuk menyatakan komitmen Malaysia mendukung agenda UNESCO dan mengangkat Kebaya sebagai warisan kebudayaan yang diiktiraf bersama-sama Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura sekaligus meraikan persamaan dan solidariti rantau ASEAN untuk memperkasakan warisan budaya tempatan ke peringkat global.

Negara menyumbang dalam pembangunan pengetahuan menerusi Kursi UNESCO yang disandang oleh Malaysia. Turut disentuh adalah mengenai pengiktirafan terkini UNESCO Triple Crown Site kepada negeri Sabah.

YB Fadhlina Sidek menyeru semua negara anggota supaya memupuk kepercayaan, keharmonian serta kerjasama erat dan strategik untuk menangani cabaran global selain memesatkan tumpuan untuk mencapai agenda SDG2030 dan usaha berterusan selepas 2030. Beliau turut berkongsi komitmen berterusan negara untuk menyediakan peluang pendidikan berkualiti bagi semua murid.

Dalam Kenyataan Negara yang disampaikannya, YB Fadhlina Sidek turut menekankan mengenai kepentingan untuk memperkasakan pendidikan bagi murid kelainan upaya, menyediakan infrastruktur yang baik dan pendidik yang kompeten serta membangunkan penyelesaian digital dalam ekosistem pendidikan.

Rakaman Penyampaian Kenyataan Negara Malaysia oleh YB Fadhlina Sidek boleh ditonton di pautan berikut:

Siaran media mengenai penglibatan Malaysia dalam Persidangan Agung UNESCO Kali Ke-42 boleh didapati menerusi pautan berikut:

Astro Awani

Fadhlina ketuai delegasi Malaysia ke Persidangan Agung UNESCO di Paris

Berita Harian

Fadhlina kongsi visi, pencapaian Malaysia di pentas UNESCO

The Star

Education Minister leads Malaysian delegation to 42nd UNESCO General Conference

Related Posts