International Policy Forum (IPF) 2021: Flexible Learning Pathways in Higher Education telah diadakan dengan jayanya secara maya pada 6 – 8 Julai 2021. Peserta forum terdiri di kalangan pembuat dasar dan pelaksana bagi pendidikan tinggi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di peringkat kebangsaan dari lebih lapan puluh (80) buah negara di seluruh dunia telah mengambil bahagian dalam Forum yang pertama yang seumpamanya ini. Forum ini telah dianjurkan oleh International Institute of Educational Planning – United Nations Educational, Social, and Cultural Organization (IIEP-UNESCO) bersama rakan-kongsi daripada Malaysia yang terdiri daripada Commonwealth Tertiary Education Facility (CTEF), Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (MOHE) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Universiti Sains Malaysia (USM), Malaysian Qualifications Agency (MQA) dan Malaysia National Communission for UNESCO (MNCU). Forum tersebut telah membentangkan dan membincangkan hasil kaji selidik antarabangsa di bawah IIEP-UNESCO bertajuk SDG4: Planning for flexible learning pathways in higher education yang merangkumi kajian kes di lapan (8) negara iaitu Afrika Selatan, Chile, India, Finland, Jamaica, Malaysia, Morocco dan United Kingdom.
Forum ini telah mengharumkan nama Malaysia yang menjadi rakan-kongsi pengajur bersama IIEP-UNESCO. Ia secara langsung meningkatkan kredibiliti Malaysia di peringkat antarabangsa dan UNESCO berkaitan pelaksanaan SDG4 di institusi pengajian tinggi di Malaysia, khususnya meningkatkan akses ke pendidikan tinggi melalui laluan bukan konvensional seperti ODL, TVET dan APEL. Dalam Forum tersebut, Malaysia telah membentangkan mengenai APEL yang telah diiktiraf di peringat antarabangsa melalui hasil dapatan kaji selidik di bawah IIEPUNESCO sebagai salah satu model terbaik untuk laluan flesibel di institusi pengajian tinggi.