Post

18 Jul

WEBINAR – Pantun Sebagai Warisan Peradaban Rumpun Melayu Nusantara

Tarikh : 21 Julai 2021 (Rabu)
Masa : 10:00 pagi (waktu tempatan Malaysia)
Media : FB & Youtube JKKN Melaka Official.

Program ini merupakan salah satu usaha pelestarian Pantun sebagai Warisan Tidak Ketara Malaysia-Indonesia yg telah diiktiraf UNESCO pada 17 Disember 2020 dan dianjurkan oleh Sekretariat Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI). Webinar ini akan berkisar kepada keistimewaan pantun sebagai warisan peradaban dan budaya tinggi rumpun Melayu nusantara yang akan disampaikan oleh para ilmuan dan cendikiawan nusantara yang terdiri daripada :-

• YBhg. Prof. Datuk Seri Dr. Hj. Awang Sariyan,
Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) & Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia.

• Tan Sri Prof. Datuk Wira Dr. Abdul Latiff Abu Bakar
Pengerusi Biro Sosio Budaya DMDI, Pengerusi Majlis Penasihat Peradaban Melayu,
Lembaga Bahasa Melayu, Melaka & Profesor Universiti Islam Malaysia (UIA).

• Profesor Madya Dato’ Perdana Dr. H. Abd. Malek, M. Pd.
Pengerusi Biro Sosio Budaya DMDI Provinsi Kepulauan Riau, Indonesia & Ketua Senat Fakulti Pendidikan, Universitas Maritim Raja Ali Haji, Tanjung Pinang, Kepulauan Riau, Indonesia.

• Moderator : Cik Ezlina Alias
Setiausaha Biro Sosio Budaya DMDI
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Melaka

Related Posts